Kepada semua ibu bapa dan murid saya mengambil inisiatif mewujudkan blog ini sebagai rujukan atau panduan kepada ibubapa supaya dapat membimbing anak mengikuti pembelajaran atas talian.

Dalam blog ini, saya akan memberi beberapa tugasan kepada murid-murid di bawah seliaan saya mengikut jadual waktu persendirian (Mata Pelajaran yang diajar).

Saya akan mewujudkan Group whatapps untuk mata pelajaran;

1. Sejarah Tahun 5
2. Pendidikan Kesihatan Tahun 5
3. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 4
4. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 2
5. Pendidikan Moral Tahun 2
6. Pendidikan Moral Tahun 3

Ibu bapa dan Murid boleh merujuk blogspot ini sekiranya group whatapps heng@hang@jem@hangkang. Disebabkan terlalu banyak group semasa PKP sedang berjalan.

Harapan saya sebagai guru mata pelajaran agar usaha ini membantu murid dalam mengikuti sesi pembelajaran.

Akhir sekali "SELAMAT BELAJAR DI RUMAH"

#STAYATHOME
#KITAJAGAKITA

"SALAM SK PADANG MEMPERKASAKAN KECEMERLANGAN"