6.1.1 MAKSUD RAJA DAN KERAJAAN

Sistem pemerintahan yang diamalkan di negara kita ialah sistem demokrasi berparlimen. Sistem pemerintahan di Malaysia adalah di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan.

Yang Di-Pertuan Agong:

* merupakan Ketua Negara Malaysia/ ketua kerajaan

* menduduki tempat tertinggi dalam sistem pemerintahan

* merupakan raja yang memerintah mengikut Perlembagaan Negara serta dinasihati oleh kabinet

Struktur pentadbiran negara terbahagi kepada 3 bahagian:

(i) Badan perundangan

(iii) Badan kehakiman

(ii) Badan pemerintahan


Perdana Menteri merupakan ketua pentadbiran negara. Perdana Menteri dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong daripada ketua parti yang memenagi pilihan raya umum.

6.1.2 KONSEP DAULAT DAN DERHAKA

DAULAT

Perkataan daulat berasal daripada perkataan Arab iaitu daulah yang bererti kerajaan atau negeri.
Daulat juga bererti kuasa atau hak tertinggi seseorang Sultan untuk memerintah sesebuah negeri atau negara.
Daulat melambangkan kekuasaan yang dikhaskan kepada raja.
Negara yang berdaulat bererti negara yang mempunyai hak untuk memerintah.
Tujuan daulat ;
(i) Memberi penghormatan tertinggi kepada raja

(ii) Mengawal para pembesar dan rakyat

DERHAKA

Derhaka bermaksud tidak taat atau khianat kepada negara atau pemerintahannya.
– rakyat bertindak melanggar perintah / suruhan raja.
Orang yang menderhaka kepada raja akan dipanggil penderhaka.
Kesan derhaka ;
(a) Ditimpa tulah atau malapetaka

(b) Dijatuhi hukuman bunuh

6.1.3 KEDUDUKAN RAJA PADA MASA KINI

Terdapat dua peringkat dalam sistem ini,

Peringkat Persekutuan

(a) Ketua negara ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

(b) Ketua kerajaan ialah Perdana Menteri

(c) Yang di-Pertuan Agong menjalankan kuasa pemerintahan mengikut undang-undang negara dengan dinasihati oleh jemaah menteri.

(d) Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat 5 tahun sekali.

Peringkat Negeri

(a) Ketua negeri terdiri daripada :

– Sultan

– Raja

-Yang di-Pertuan Besar/ Yang di-Pertuan Negeri

(b) Ketua kerajaan negeri ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri

6.1.4 SENARAI NEGARA-NEGARA DI ASIA YANG MENGAMALKAN SISTEM

           PEMERINTAHAN BERAJA PADA MASA KINI

Senarai negara di Asia yang masih mengamalkan sistem pemerintahan beraja :

-THAILAND

-BRUNEI

-KEMBOJA

-JEPUN

-QATAR

6.1.5 KEPENTINGAN TAAT SETIA KEPADA RAJA

▪Prinsip kedua Rukun Negara ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
▪Walaupun prinsip pertama Rukun Negara berasaskan pengamalan serta penerapan kepercayaan terhadap Tuhan, tetapi prinsip kedua pula adalah berdasarkan kepatuhan yang berkekalan kepada raja dan negara.
▪Prinsip ini seharusnya disemai dalam diri setiap rakyat Malaysia supaya keamanan, keselamatan serta kedamaian negara kita sentiasa terpelihara.
▪Kesetiaan kepada raja amat penting demi mempertahankan warisan kesultanan di negeri-negeri Melayu sejak sebelum era kemerdekaan.
▪Pada masa yang sama, kita perlu mencurahkan taat setia kita terhadap negara demi mengelakkan keganasan serta keadaan yang tidak diingini  berlaku di Malaysia.

6.1.6 KEPENTINGAN MEMPERTAHANKAN INSTITUSI BERAJA

▪Malaysia adalah antara negara di dunia yang masih mengamalkan sistem pemerintahan Raja Perlembagaan.
▪Ia merupakan warisan sistem politik yang masih kekal sehingga ke hari ini.
▪Institusi raja perlu dikekalkan kerana:
(i) Ia merupakan lambang kesetiaan kepada raja ;
     Rakyat menumpukan kesetiaan kepada negara dengan taat setia kepada raja.

(ii) Institusi raja juga berperanan menjaga kesuciaan kesuciaan agama Islam dan   
      keistimewaan orang Melayu.

(iii) Institusi raja juga menjadi lambang perpaduan rakyat jelata / simbolik penyatuan rakyat.

Berdasarkan sejarah, negara yang mengamalkan sistem beraja lebih stabil berbanding negara yang mengamalkan sistem-sistem pemerintahan yang lain.

6.1.7 PENGHARGAAN TERHADAP INSTITUSI BERAJA

*Cara-cara Menghargai Institusi Raja*🙂

♡Bersatu padu memajukan negara
♡Mematuhi arahan Sultan atau Raja
♡Meraikan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan atau Raja/pemimpin dengan aktiviti yang berfaedah
♡Menghargai sumbangan institusi beraja
♡Mengekalkan kestabilan negara
♡Mematuhi undang-undang negara
♡Mengekalkan kesetiaan kepada Sultan atau Raja

Sumber : https://sejkssrt5t1u123.wordpress.com/