6.2.1 ISLAM SEBAGAI WARISAN NEGARA

👉Agama Islam telah berkembang di negara kita sejak Zaman Kerajaan Awal Melaka seperti di Kedah Tua dan Terengganu sebelum  sampai ke Melaka.
👉Penyebaran agama Islam dibawa oleh para pedagang dari yang datang dari Arab dan Parsi.
👉Mereka menyebarkan Islam ke Sumatera dan India melalui jalan laut dan menyebarkan agama Islam ke China melalui jalan Sutera.
👉Apabila Kesultanan Melayu berkembang, para pedagang Islam datang berdagang dan menyebarkan Islam kepada rakyat tempatan.
👉Agama Islam menjadi agama RASMI.

6.2.2 ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN

 👉Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan menunjukkan bahawa agama Islam telah diberi keistimewaan dalam perlembagaan berbanding agama-agama lain di negara ini.
👉Kedudukan Islam yang istimewa ini tidak harus dipertikaikan memandangkan peruntukan mengenainya ditunjangi oleh Perlembagaan.

6.2.3 CARA HIDUP BERMASYARAKAT DALAM ISLAM

👍Sesebuah masyarakat itu berganding bahu untuk melakukan sesuatu perkara contohnya, bergotong-royong untuk majlis perkahwinan.
👍Sesebuah masyarakat mengekalkan hubungan yang baik antara satu sama lain walaupun berlainan agama demi kepentingan bersama.
👍Agama Islam memberi penekanan kepada kepentingan menjaga kebajikan bersama agar sesebuah masyarakat itu dapat hidup dalam kalangan yang harmoni.

6.2.4 KESENIAN ISLAM DI MALAYSIA

✌️Seni adalah merupakan sesuatu yang elok, lembut, indah, senang didengar atau dilihat. Ini termasuklah seni tampak, seni lukis, seni suara dan sebagainya.
✌️Kesenian Islam adalah salah satu kebudayaan Islam yang berkonsepkan keindahan atau sesebuah karya yang dizahirkan melalui daya
✌️kreatif yang pelbagai dengan tujuan untuk membantu ‘memeriahkan’ kebesaran Allah s.w.t
✌️Kesenian menurut perspektif Islam adalah untuk membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan pengabdian diri kepada Allah s.w.t dan mestilah bersifat “Al-Amar bil Ma’ruf dan An-Nahy ‘an Munkar” (menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran).
✌️Berseni seharusnya meliputi aspek yang positif serta dapat membangunkan akhlak masyarakat, bukan membawa kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah.
✌️Contoh kesenian yang berunsurkan  agama Islam yang terdapat di Malaysia ialah:





6.2.6 NILAI-NILAI KEAGAMAAN YANG DIAMALKAN BAGI MEMBENTUK MASYARAKAT HARMONI



6.2.7 KESENIAN ISLAM SEBAGAI SALAH SATU WARISAN NEGARA YANG DAPAT DIBANGGAKAN





Bukti kedatangan Islam ke Tanah Melayu

👉Batu Bersurat di Terengganu
👉Hukum Kanun Melaka

Sumber: https://sejkssrt5t1u123.wordpress.com/